Header

Header

Kuih tradisional melayu memang sudah di ketahui umum tentang rasanya yang sedap dan enak. Kini anda boleh mendapatkan kuih tradisional kegemaran anda hanya dengan duduk di hadapan komputer sahaja. Kami di http://bahukuulikmayang.blogspot.com menawarkan jualan kuih tradisional melayu secara online mahupun secara tempahan direct ke rumah kami di mana penghantaran akan di buat terus ke tempat anda. Kos penghantaran kami juga sangat minima. Lebih menjimatkan kos petrol anda untuk keluar membeli atau terpaksa pulang ke kampung hanya untuk membeli kuih yang sedap dan asli.

Produk kuih tradisional "Bahulu" kami adalah dari secret resepi tradisional bonda dari Terengganu dan kami menggunakan teknik dan resepi asli. Kami mengutamakan Citarasa dan kualiti.

Bagi warga Malaysia yang berada di luar negara, anda tidak perlu bersedih lagi untuk menikmati kuih-kuih tradisional kegemaran anda kerana kami sedia membuat penghantaran keluar negara.

Sudi lah mencuba produk kuih tradisional melayu dari kami di http://bahukuulikmayang.blogspot.com kerana ianya Sedap..Mudah..Murah!

Saturday, June 13, 2009



Bahulu Tradisional+Coklat Chip
Pakej 35 Biji = $14.00
Pakej 100Biji = $35.00








Bahulu Tradisional
Pakej 35 Biji = $10.00
Pakej 100Biji = $25.00







Bahulu Pandan
Pakej 35 Biji = $10.00
Pakej 100Biji = $25.00







Bahulu strawberi+Choklat Chip
Pakej 35 Biji = $14.00

Pakej 100Biji = $35.00









Bahulu Strawberi
Pakej 35 Biji = $12.00

Pakej 100Biji = $30.00









Bahulu Pandan + Coklat Chip

Pakej 35 Biji = $14.00

Pakej 100Biji = $35.00







p/s

Bagi pakej 35 biji, bahulu akan diletakkan dalam Tupperware lutsinar putih (seperti di dalam gambar dibawah)

Bagi pakej 100 biji, bahulu akan diletakkan dalam Tupperware lutsinar putih dan di dalam pek plastic keras (seperti di dalam gambar dibawah).





++++++++++++Special Pakej++++++++++++

PAKEJ PERKAHWINAN

Bahulu Tradisional:
Set a) 1 bungkus (3 biji) =RM1.30
Set b) 1 bungkus (3 biji) =RM1.50

Bahulu Berperisa : (pandan/strawberi/suji/kelapa/halwa)
Set a) 1 bungkus (3 biji) =RM1.50
Set b) 1 bungkus (3 biji) =RM2.00

Bahulu Berperisa + Coklat Rice/Chip (pandan/strawberi/suji/kelapa/halwa)
Set a) 1 bungkus (3 biji) =RM2.00
Set b) 1 bungkus (3 biji) =RM2.50



Terdapat 2 jenis set utk pakej perkahwinan
(set A)
Bahulu dibungkus di dalam pek plastic bercorak bunga & disertakan
tag ucapan terima kasih.

(set B)
Bahulu dibungkus di dalam Tupperware putih lutsinar disertakan dengan
reben dan tag ucapan terima kasih




Rujukan bentuk bungkusan adalah seperti gambar dibawah utk (set A)

























Rujukan bentuk bungkusan adalah seperti gambar dibawah utk (set B)

















New! Special Raben (set B)







++++++++++++Available now!++++++++++++


PAKEJ HARMONI

















Pakej di atas sesuai utk majlis-majlis spt perkahwinan dan sbg special gift atau pun sbg buah tangan utk sedara-mara mahupun sahabat karib anda. Selain itu ia jg sesuai utk small party atau majlis2 tertentu spt majlis perpisahan, birthday party mahupun utk gathering. Kami akan deco special reben depends pd request customer utk kesesuaian majlis.



Customer Yang di Budiman,
1) Harga boleh dirunding berdasarkan jumlah tempahan yang dibuat
2) Kuantiti/jumlah/jenis pakej adalah berdasarkan permintaan pelanggan
3) Bagi tempahan pakej biasa dan harmoni, tempahan hendaklah dibuat seminggu sebelum tarikh pengambilan.
4) Bagi tempahan pakej perkahwinan, tempahan hendaklah dibuat 2 minggu sebelum tarikh pengambilan.
5) Tarikh tempahan adalah perkara penting bagi kami untuk mempastikan keluaran kami adalah segar, baik, berkualiti dan dengan aroma yang menyegarkan & menyelerakan.
6) Kami juga menyediakan pakej penghantaran terus ke rumah atau ke tempat yang dijanjikan.



Kadar Pos Barangan
Untuk kadar Pos barangan, Kak N lebih prefer gunakan khidmat pos by Bas yg mana di jamin tiada kerosakkan atau kecacatan pd bungkusan. Selain itu ia nya menjimatkan masa yg mana akan di terima pd hari yg sama, tetapi customer kena la berkorban sikit utk mengambilnya di setesen bas express berdekatan.

Kak N tak berani jamin kalau pos by courier luar ataupun pos laju memandangkan kadang2 barangan yg di pos di campak macamtu je. Memang la di jamin sampai ke rumah tp kualiti bungkusan yg di terima oleh customer mungkin terdapat kecacatan. So, bergantung pd customer la utk membuat pilihan yg terbaik. Kak N akan bg pilihan kpd customer dlm menentukan proses pengeposan brg.



Panduan kadar Pos Barangan (poslaju)
Sila klik gambar di bawah



Untuk perkhidmatan pos by Bas, Kos nya tidak la tinggi. contohnya KL - Kelantan cuma sekitar RM35 mcmtu je. Jadi kalau customer order dlm kuantiti yg banyak InsyaAllah Kak N TIDAK akan mengenakan apa2 charge tambahan dan ia nya percuma shj. Untuk yg small kuantiti mungkin Kak N mengenakan sikit charge utk pengemposan barangan. kak N lebih prefer melalui rundingan jadi takde masalah dlm menentukan harga. Apa yang penting call dulu kalau berminat. Kami akan bg diskaun utk tempahan yg byk. Jika pengeposan melalui Bas menjadi pilihan anda, sila maklumkan stesen bas express yg paling hampir dgn kediaman anda. Pastikan juga anda boleh meluangkan masa utk menuju ke stesen bas express pilihan anda utk mengambil bungkusan.

Friday, June 12, 2009

Customer yg di sayangi,

Customer yg di sayangi,
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi di pjg kan umur serta di murahkan rezeki. Hari di beri kesempatan dari Ilahi utk kak N update blog kesayangan akak ni. Mungkin ada beberapa cusmtomer akak tertanya-tanya kenapa content blog ni tiap2 hr sama je?. Ok sebenarnya blog ni objectif utamanya utk memasarkan product keluaran dari keluarga Kak N so, kalau di perhatikan tentu customer kak N perasan yg gambar2 bahulu terdahulu still terpampar di dada blog dan jika ada perkembangan terbaru bisnes ni,kak N akan selitkan gambar2 terbaru tapi still pd blog post yg sama. Perhatikan pd gambar2 produk terbaru utk menyusuli perkembangan blog Kak N yer :)

Sebenarnya byk lg produk Kak N selain bahulu spt kek lapis srwk, cup cake, muffin dan byk lg tak larat nk taip pjg2 senang cerita nanti Kak N compile dlm satu katalog serta sebut harganya sekali dan pd yg berminat anda bole terus download katalog dari blog ini. (comming soon).

Musim cuti Sekolah dah Habis..
Cuti sekolah dah pun habis tp bahang2 nya masih terasa. Byk kenangan sepanjang 2 minggu cuti persekolahan. Minggu pertama Kak N sekeluarga tak balik kampung kerana kami sekeluarga sibuk menyiapkan tempahan2 memandangkan musim cuti sekolah ni ada yg buat tempahan utk perkahwinan, majlis2 guru serta sahabat handai isk2 penat tau. Tapi takper utk memenuhi janji kak N pd customer kami sekluarga harungi cabaran permulaan bisnes ni dgn tabah. Alhamdulillah semua tempahan2 dari customer dpt dipenuhi dgn jayanya tanpa sebarang kelewatan. Thanks tak terhingga utk semua yg turut membantu menjayakan bisnes Kak N. "Apa yg penting.. Kerjasama" Semoga Allah memberkati hidup mu..Aminn...

Minggu kedua cuti sekolah
Di minggu kedua cuti persekolahan baru la kami berkesempatan pulang ke kampung, Terengganu Darul Iman. kali ni sajian pengalaman dari keluarga tersayang cukup2 istimewa buat kami sekeluaga.









Pengalaman yg paling best dan tak bole lupa, "BBQ, Bersantai depan kolam pokder, mkn pizza" wahh cukup2 istimewa buat kami. Thanks to all terutama mak, ayah, pokder, poksu serta anak2 buah menghidangkan pengalaman manis utk kami sekeluarga.

Di sini ada beberapa gambar yg sempat di ambil oleh pokder (cameraman profesional N95)
kpd pelawat2 yg sempat membaca suntingan kali ini, sila la comment apa2 utk di share bersama. kami alu-alu kan.















clip video BBQ




Peserta AF9


wassalam.
Kak N

Selamat Datang...   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP